Skip to main content

Tak Seindah Mana

1 November 2016

Handphone di tangan ku letakkan di atas meja. Plug charger ku capai lalu ku cucuk ke handphone ku. Handphone aku bateri sangat lemah dan hampir mati. Just then, aku terima satu mesej daripada wechat.

A message from Mohd Danial. Aku pun buka mesej itu. Dia tanya khabar, apa yang aku buat. Macam macam soalan lagilah dia tanya. Sehingga aku rasa begitu seronok ada kawan peneman bosan di sini. Sedang jariku ralit menaip segala persoalannya, ibuku memanggil untuk makan. I just left the phone without tell him that i'm going to have my lunch. Setelah 15 minit, aku buka Wechat. Banyak mesej daripada Danial

Ilyn... Where are you??

Ilyn??


Oh ilyn...


Aih Hilang pulak dah dia


You buat apa tu!!!


Tanpa berlengah aku terus jawab yang tadi aku makan. Ya, dia tak marah pun. Dia kata sorry mengganggu. But then aku kata dia tak mengganggu pun. Kami pun sambung bersembang berborak kosong. Tapi tiba-tiba dia tanya aku sesuatu.

"Ilyn... Can I have your picture??"

Aku mula berkerut. Pic? Bukan ke aku pakai gambar aku kat Wechat ni

"Laa, kan dah ada pic i kat profile tu" jawab aku


"Not a normal pic. Image yang lain sikit. Like... Gambar you free hair?" jawab Danial.

Riak wajah aku terus berubah. Apa yang Danial ni merepek?!

"You tak perlu merepekla! Tu aurat i. Takkan i nak bagi!" marah aku.


"Just a pic kot. Takkanlah tak boleh! Stopla cerita pasal agama. U pun sama, buat dosa jugak kan? Chat dengan lelaki! U ingat i ni maniac ke nak exploit your pic. Your pic just for my eyes only" kata Danial. Aku tergamam. Terus aku kata aku nak buat kerja. Dan perbualan kami terhenti setakat di situ saja.

7.01 PM

Telefon aku berbunyi. Mesej dari danial.

"Ok Ilyn. One again. Seriously you dont want to share your pic that i had asked?" soal Danial lagi.

Dan jawapan ku "Yes! Still not!!!"

Setelah bergaduh panjang... Lalu aku bertanya kan soalan ini pada dia



Guyss... Bukan ke itu maksudnya aku ni tempat pelepas bosan dia? Kenapa dia nak marah aku pulak? Dia yang jawab no alternative. Maybe he is desperate kan. So kami pun bergaduh lama sampai lah jam 8 malam. Boleh dia kata aku macam ni (sila rujuk gambar bawah)


Pergh! Panas pulak hakak bila dia kata aku bodoh. Disebabkan aku geram aku cakap dia Mr. Stupid. Yes, memang kami bergaduh teruk pun masa tu dan akhirnya dia kata

"So whats use chat with me? Just stop! I malas nak layan you lagi. Hypocriptical, twisted tongue person! Just go away! I dah tak nak ada apa2 lagi dengan you"

Pergh!! Beb, dia kata tak nak ada apa2 lagi dengan aku beb!!! Argh pergi mampus lah kau. aku pun jawab

"Ok, i hope Allah lembutkan hati you okay. Thanks! i have made my right decision to not share my pic"

Eh eh boleh lagi dia jawab "And i had made a decision to not delete this conversation. So i will remember you ni jenis orang camna. Your welcome!"

"And i had made decision to keep this conversation too!" jawab aku.


Itu bukan pengakhirannya lagi. Dia hantar voice note...

"Okay Ilyn, its really tiring, you know. To argue with you with useless point. Useless point you come out with. There is nothing really to convince for what have you done to me. Its really pissing me off and i tired with all many works that i have to do. So if you cannot say anything beneficial things for this relationship, so just cut it! Just cut it okay!!!" (Pergh ayat dia tu memang dia cakap dalam nada yang marah. Aku sentap dengan ayat2 dia. Cuma aku terfikir bila dia kata relationship. Dia anggap kami ada relationship ke?)

Hahahahahaha!! Amboi marah gila. Sejak tu aku berpendapat, Jantan semua sama je. Tak malu minta pic  aku. Kau bukan suami aku pun. Nak marah bagai! Huh! Memang jantan tak sedar diri. Terus aku hide status dia supaya tak muncul kat timeline aku. Benci dan terus benci sakit hati aku dengan jantan tak guna ni! Mungkin sebab dia kerja kat tempat takde perempuan, tu yang dia terdesak bagai.

Tapi ini bukan pengakhirannya. Ada sambungannya. Hohohoho~~ Kita lihat siapa yang tewas.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

hey you~~

Hey you... Hanya dua patah kata ini bisa membuatku terbang. *** Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca post aku kali ini. Biarpun post aku kali ini amat sendu. Eh bukan post, tapi blog. Hahahah (Achooo!!!)😀 Seperti yang diceritakan pada entry aku yang lepas. Siapa yang tewas. Okay, rasa cam apa pula guna perkataan tewas ni. Tapi nak ganti apakan ? Sambungan cerita kali ini, aku tahu Danial mengamuk gila dengan aku sampai tak nak tegur aku. Kadang tu adalah gatal tangan tengok profile dia, nak tengok dia update status. Nampak banyak ayat kebengangan je. Maklumlah kerja macam tu memang stress. Ok, straight to the point 21 November 2016 Pada petang tu, mak aku ada appointment dengan doktor. Setelah doktor check sakit mak aku, doktor terus kata yang mak aku kena tahan wad dalam beberapa hari. Sebab ada jangkitan kuman pada tiub perut mak aku. Untuk pengetahuan mak aku ada sakit buah pinggang dan jalani dialisi CAPD tiap hari. For those yang tak tahu tu, haa, pergi google s...

Cinta di Wicet

Assalamualaikum, hai! Sekarang kita sambung dengan cerita someone special. Haha dari tajuk mesti ada yang tertanya siapa cinta di wicet. Oklah, aku bagi gelarannya abang pet . Pet ni disingkatkan daripada perkataan Petronas. Petronas semua tahu kan. Sama ada anda percaya atau tak, aku sedang dilamun cinta dengan insan yang bernama Danial yang bekerja di syarikat petronas. Petronas? Mesti ramai terfikir kerja engineer minyak bagai. Yes! Sangkaan korang memang betul sekali! ( Aduiii berminyak pula muka aku masa taip post ni. Huhuhuhu....) 28 Oktober 2016 Kepada sesiapa yang ada wechat, mesti tahu sedikit sebanyak features dalam wechat. Salah satu features yang ada dalam Wechat ialah Drift Bottle. Drift Bottle ni aku guna sebagai tempat pelepas bosan. Aku tulis mesej merepek lalu baling botol yang terkandung mesej aku ke laut. Beberapa saat kemudian, akan ada beberapa pengguna Wechat menjawab mesej botol aku. For those yang guna Wechat mesti tahu, yang Drift Bottle ni banyak pengguna...