Skip to main content

Hey, I'm back!

Assalamualaikum, warga blogger semua. Emmm rasanya siapa je kan yang baca blog aku ni. Hahahaha!! Sudah sekian lamanya aku tak update. Rasanya lebih setahun mungkin. Aku pun tak tahulah. Sama ada aku sibuk atau malas. YA! Malas actually sebab tak tahu nak bebel apa dalam ni.

Untuk pengetahuan anda, aku sudahpun menamatkan zaman diploma aku pada 17 April 2017. Dalam kos Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi). Oh seriously, i nak cakap i tak minat langsung dengan course ni. Subjek yang paling i benci dalam kos ni, Cadastral, Calculus, Math Engineering dan.... Praktikal! LOL! I don't know why. Tapi tiba-tiba kali ni terdetik untuk menceritakan pengalaman praktikal aku. Alaa, siapa je yang baca kan. Tak salah kan i nak mengumpat sini. Oops!

21 November 2016


Aku diterima masuk dan melaporkan diri ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. For those yang tak tahu ni jabatan apa, let me explain. Explain sikit jelah, memandangkan aku bukannya budak town planning. Secara umumnya jabatan ni lah yang menyediakan garis panduan untuk membina dan memajukan sesebuah bandar itu lebih cantik, maju dan berwawasan (Pheuwwhh banyaklah kau berwawasan). So, apa kaitnya kos aku ni dengan perancangan bandar.

Suka saya katakan kos saya ni melibatkan pemetaan. Jadi saya pilih jabatan ini kerana kawasan pejabatnya dekat dengan rumah saya. Dan ada elaun. Hehehehe! Nak diceritakan memang seronok praktikal sini. Selalu dapat makanan free. Tapi tak syoknya ada kawan sama praktikal ni perangai yang tak berapa nak gemar. Aku berikan nama, Senah (bukan nama sebenar). Senah ni aku tak suka dia perasan tunjuk dia bagus. Tu satu, pernah sekali dia tersalah buat kerja, dia pi libatkan aku sekali. Haih! Masa ni kan memang aku mengadu kat someone special yang bernama... Emm emmm nanti i ceritakan.

Bila lagi 2 minggu nak habis praktikal. Aku rasa hepi sebab nak habis. Aku dah tak tahan dah nak praktikal dengan si Senah ni. Makin lama makin mengada. Aku tak tahu macam mana budak praktikal lain macam kurang selesa dengan aku. So, aku memilih untuk berdiam. Tapi aku paling sedih part ni lah.

Boleh pula pekerja bahagian GIS bagi dia projek tanpa pengetahuan aku. Dan paling sedihnya kenapa dia bagi projek kat si Senah je. Ke sebab sehari sebelum bagi projek tu si Senah ada main2 ngan anak dia. Hahaha duhai Encik N, stop being stupid yer. I datang sini nak praktikal. Bukan nak ambil hati you dengan menjaga anak you. Memang tak matang sungguh perangai Encik N ni. Then aku tak tahan aku mengadu dekat si dia yang special ni. Dia naikkan semangat. Aku terus kuatkan semangat dan minta cadangan projek daripada seorang staf senior. Syukur, dia bagi cadangan untuk projek pemilihan lokasi baru perhentian bas.


Bak kata orang setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Alhamdulillah aku dapat supervisor projek yang baik. Seorang profesor dan merupakan jawatan paling tinggi dalam fakulti aku. Memang bersyukur sangat. Paling seronok bila projek aku diterima dan lulus tanpa perlu untuk memperbetulkan lagi. Senah? huhuhu dengar cerita masa appraisal, panel kutuk sebab tak faham projek apa yang dia buat. bukan aku nak gelakkan cuma nak cakap usahlah bersedih dengan apa yang berlaku. macam akulah, orang kata projek simple, tapi elok je dapat A hehehe.

Oh lupa nak cerita tentang someone special tu. Hmmm, aku cerita next post lah. Rasa cam karangan dah aku tulis ni hohoho, Daaa!! Assalamualaikum.



    
hasil kerja final year

Comments

  1. geram aku tgk template ko nie! Comellll. Hahaha. Btw welcome back. dah lama x baca entri ko :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tak Seindah Mana

1 November 2016 Handphone di tangan ku letakkan di atas meja. Plug charger ku capai lalu ku cucuk ke handphone ku. Handphone aku bateri sangat lemah dan hampir mati. Just then, aku terima satu mesej daripada wechat. A message from Mohd Danial. Aku pun buka mesej itu. Dia tanya khabar, apa yang aku buat. Macam macam soalan lagilah dia tanya. Sehingga aku rasa begitu seronok ada kawan peneman bosan di sini. Sedang jariku ralit menaip segala persoalannya, ibuku memanggil untuk makan. I just left the phone without tell him that i'm going to have my lunch. Setelah 15 minit, aku buka Wechat. Banyak mesej daripada Danial Ilyn... Where are you?? Ilyn?? Oh ilyn... Aih Hilang pulak dah dia You buat apa tu!!! Tanpa berlengah aku terus jawab yang tadi aku makan. Ya, dia tak marah pun. Dia kata sorry mengganggu. But then aku kata dia tak mengganggu pun. Kami pun sambung bersembang berborak kosong. Tapi tiba-tiba dia tanya aku sesuatu. "Ilyn... Can I have your picture??&qu

hey you~~

Hey you... Hanya dua patah kata ini bisa membuatku terbang. *** Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca post aku kali ini. Biarpun post aku kali ini amat sendu. Eh bukan post, tapi blog. Hahahah (Achooo!!!)😀 Seperti yang diceritakan pada entry aku yang lepas. Siapa yang tewas. Okay, rasa cam apa pula guna perkataan tewas ni. Tapi nak ganti apakan ? Sambungan cerita kali ini, aku tahu Danial mengamuk gila dengan aku sampai tak nak tegur aku. Kadang tu adalah gatal tangan tengok profile dia, nak tengok dia update status. Nampak banyak ayat kebengangan je. Maklumlah kerja macam tu memang stress. Ok, straight to the point 21 November 2016 Pada petang tu, mak aku ada appointment dengan doktor. Setelah doktor check sakit mak aku, doktor terus kata yang mak aku kena tahan wad dalam beberapa hari. Sebab ada jangkitan kuman pada tiub perut mak aku. Untuk pengetahuan mak aku ada sakit buah pinggang dan jalani dialisi CAPD tiap hari. For those yang tak tahu tu, haa, pergi google s